PERHATIAN SEGERA [Malay Translation]:Palestine – Write to the Turkish PM over Israel OECD

turkey-poster-small

—————————————————–
Islamic Human Rights Commission
—————————————————–

19 April 2010

PERHATIAN SEGERA [Malaysian]: Wilayah Palestin Yang Diduduki/Turki – Tulis surat kepada Perdana Menteri Turki Erdogan untuk menggunakan kuasa veto bagi menentang keahlian Israel di dalam OECD

Kandungan

1.    Ringkasan
2.    Latar belakang
3.    Tindakan yang perlu dilakukan
4.    Contoh surat

1. Ringkasan

Israel akan diterima masuk untuk menjadi ahli di dalam kelab ekonomi ekslusif, Pertubuhan untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD). Di sebalik kegagalannya untuk mematuhi tuntutan dan standard, pertubuhan itu pada Januari 2010 mengumumkan bahawa OECD akan menerima keahlian Israel “sepenuhnya” pada 2010 (dijangka pada Mei ini). Bagaimanapun, OECD memerlukan konsensus untuk menerima negara ahli baru dalam pertubuhan itu. Turki merupakan satu-satunya negara Islam yang menjadi ahli OECD dan memegang hak dan bertanggungjawab untuk menggunakan kuasa veto bagi membantah keahlian Israel di dalam OECD.

Tulis surat kepada PM Turki Erdogan untuk menggunakan kuasa veto bagi menentang keahlian di dalam OECD.

2. Latar belakang

OECD ditubuhkan pada 1961. ia mempunyai 30 negara ahli yang kebanyakannya terdiri daripada Negara Kesatuan Eropah (EU) dan pada masa ini ia mewakili 60 peratus daripada kekayaan global. Sejak 20 tahun yang lalu Israel telah cuba untuk menyertai OECD. Memandangkan rekod hak asasi manusia Israel yang amat buruk dan sikap berperang dengan Palestin dan negara jirannya, OECD melengah-lengahkan proses kemasukan ke dalam kelab ekslusif itu. Selain kemakmuran ekonomi, OECD mempunyai kriteria “ketat” dalam bentuk demokratik dan rekod hak asasi manusia negara ahli.

OECD baru-baru ini telah mengubah pendiriannya dan merumuskan proses yang lebih memihak kepada kemasukan Israel. Pada 19 Januari 2010, selepas menandatangani perjanjian utama di Kementerian Luar Israel, Ketua Setiausaha OECD Angel Gurria menyatakan bahawa:

“Kami akan melengkapkan (proses keahlian) pada 2010, sepertimana yang dijadualkan.”

Jika keahlian itu diteruskan (dijangka pada Mei ini) Israel akan mendapat kredibiliti di peringkat antarabangsa, dan manfaat ekonomi. Adalah dijangkakan bahawa hasil daripada keahlian itu rating kredit Israel akan meningkat. Kesannya, menjadi lebih mudah bagi firma Israel mendapatkan dana. [1]

Pengumuman OECD itu dibuat ketika pertikaian berhubung penyerahan statistik ekonomi penduduk Israel. Angka penduduk Israel termasuk peneroka Israel dan mengecualikan penduduk Palestin daripada statistik itu. Ini tidak diragui lagi bertentangan dengan dasar EU memandangkan penempatan ini tidak diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa.

Satu laporan mendedahkan bahawa OECD meminta Israel untuk sama ada memasukkan penduduk Palestin (dan peneroka) di Tebing Barat atau kedua-dua pihak perlu dimasukkan. [2] Menurut laporan yang sama isu ini tidak menjadi halangan Israel menjadi ahli OECD. Penyelesaian yang dicadangkan membenarkan Israel untuk menyerahkan data yang diminta, satu tahun selepas menyertai OECD. Jika Israel diberikan keahlian sepenuhnya, ia mempunyai kuasa untuk menggunakan kuasa veto tuntutan OECD, dengan itu akan mengelakkan ia daripada menyerahkan angka terkini mengenai Tebing Barat.

Encik Hever pakar ekonomi berpangkalan di Quds/Baitulmuqadis menjelaskan bahawa silap mata politik OECD dan Israel telah dilakukan dalam proses penerimaan keahlian itu:

“OECD melayan Israel sepertimana ia mempunyai tujuh juta orang warganegara sedangkan dalam realitinya ia mempunyai 11 juta penduduk, empat juta lagi merupakan rakyat Palestin yang hidup di bawah pendudukan, jika mereka turut dimasukkan ke dalam angka yang diserahkan kepada OECD, keahlian Israel perlu ditolak kerana perbezaan yang besar dalam kekayaan.” [3]

Sepertimana yang disahkan oleh Tribunal Russel (Jenayah Perang Antarabanga), undang-undang Eropah melarang Negara Eropah daripada mengiktiraf pendudukan Israel di Wilayah Palestin. Bagaimanapun, dengan memberikan keahlian kepada OECD, kerajaan Eropah memberikan kebenaran kepada rejim ekonomi apartheid. Juga dengan memberikan pengakuan kepada pendudukan haram, mereka turut terlibat dengan jenayah perang Israel yang telah didokumentasikan dalam Laporan Goldstone.

OECD memerlukan konsensus untuk menerima negara ahli baru ke dalam pertubuhan itu. Turki merupakan satu-satunya negara Islam yang menjadi ahli OECD, yang memegang hak dan bertanggungjawab untuk menggunakan kuasa veto terhadap kemasukan Israel ke dalam OECD. Encik Erdogan telah menjadi jurucakap yang begitu lantang mempertahankan Palestin di arena antarabangsa mengakibatkan beliau menjadi sasaran oleh ahli politik kanan Israel dan pelobi Israel.

Ini merupakan peluang bagi Encik Erdogan untuk menunjukkan perpaduan dengan rakyat Palestin yang ditindas. Ia juga menjadi satu peluang yang unik untuk menghukum dengan keras ahli politik yang angkuh dan sombong yang melakukan serangan dengan menfitnah penentang politk mereka kerana menyuarakan kritikan jenayah kejam mereka terhadap kemanusian.

Nota Akhir:

[1] http://www.guardian.co.uk/commentisfree/2010/mar/09/israel-policy-economic-oecd

[2] http://electronicintifada.net/v2/article11158.shtml

[3]http://www.thenational.ae/apps/pbcs.dll/article?AID=/20100308/FOREIGN/703079958/1135/commentary

3. Tindakan yang perlu dilakukan

Tulis surat kepada Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan untuk menggunakan kuasa veto bagi menentang keahlian Israel ke dalam OECD.

4. Contoh surat

Untuk memudahkan saudara, berikut diberikan contoh surat dalam Bahasa Inggeris. Sila ambil perhatian bahawa model surat ini boleh dihantar secara langsung atau diubah suai seperti yang diperlukan untuk memasukkan butiran lanjut. Jika anda menerima jawapan kepada surat yang telah dihantar, kami meminta supaya anda menghantar salinan surat yang dihantar oleh saudara dan jawapan yang diterima kepada IHRC. Ini penting kerana ia membantu IHRC untuk memantau situasi berhubung kempen ini dan untuk menambah baik model surat ini. Sebaik-baiknya surat ini dihantar melalui pos, atau faks dan/atau emel.

Contoh surat kepada Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan. Anda boleh juga menulis kepada Encik Erdogan melalui emelnya beralamat seperti berikut: ozelkalem@basbakanlik.gov.tr atau menghantarnya melalui faks: 0090 312 417 04 76.      

[Your name]
[Your Address]

Mr Recep Tayyip Erdogan                                                                
Turkiye Cumhuriyeti Basbakanlik                                                    
Vekaletler Caddesi                                                                   Kızılay / Ankara                                                                                 

[Date]

Your Excellency Mr Erdogan,

Re: Veto Israel’s accession to OECD

As you may be aware the Organization for Economic Cooperation and Development (OECD) recently announced that it would admit Israel into the OECD. On 19 January 2010, after signing a key agreement at the Israeli foreign ministry, OECD Secretary General Angel Gurria stated that:

“We are probably going to complete (the membership process) in 2010, that’s when it was scheduled for”

Your Excellency, if the accession goes ahead (expected to take place in May). Israel will internationally obtain credibility, and economic benefits. It is expected that as a result of the accession, Israel’s credit rating will be upgraded. Consequently, it will be easier for the Israeli firms to raise funds.

The OECD announcement comes amid the dispute regarding the submission of the economic statistics of Israeli population. The Israeli figures included Israeli settlers and excluded the Palestinian population from the statistics. This undoubtedly contradicted EU policy as these settlements have not been recognized by international law.

A leaked report revealed that the OECD requested Israel to either include the Palestinians (and the settlers) in the West Bank or neither of the two parties should be included. According to the same report this issue did not become an obstacle to Israel becoming a member of the OECD. The proposed solution allowed Israel to submit the requested data, one year after joining the OECD. If Israel is granted full membership, it will have power to veto the demands of the OECD, thus will avoid submitting updated figures about the West Bank.

Mr Hever a Quds/Jerusalem based economist pointed out the political legerdemain that the OECD and Israel performed in the accession process:

“The OECD is treating Israel as though it has seven million citizens when, in reality, it has 11 million subjects, of whom four million are Palestinians living under occupation, If they were included in the figures submitted to the OECD, Israel would have to be refused accession because of the enormous disparities in wealth.”

As it has been affirmed by the Russell Tribunal (International War Crimes), European law forbids European countries from recognizing the Israeli occupation of the Palestinian territories. However, by granting membership to the OECD, European governments are giving credence to the economically apartheid regime. Also by acknowledging the illegal occupation, they become complicit with Israeli war crimes documented in the Goldstone report.

Your Excellency, the OECD needs a consensus to admit a new member states into the organization. Turkey as the only Muslim member of the OECD holds right and responsibility to veto Israelis’ admission to the OECD. I am well aware that Your Excellency is an outspoken defender of the Palestinians in the international arena resulting in you being targeted by senior Israeli politicians and the Israeli lobby.

This is an opportunity for Your Excellency to show further solidarity with the oppressed Palestinians. It is also a unique opportunity to chastise the arrogance of Israeli politicians who calumniously attack their political opponents for voicing criticism of their heinous crimes against humanity.

I look forward to your reply.

Yours sincerely,

[Your signature]
[Your Name]

——————————————————————————————

For more information, please contact the office on the numbers or email below

——————————————————————————————

IHRC is an NGO in Special Consultative Status with the Economic and Social Council of the United Nations.

Please help IHRC by visiting https://www.ihrc.org.uk/catalog and making a donation or buying an item from our on-line store.

If you want to subscribe to the IHRC list please send an email to subscribe@ihrc.org

If you want to unsubscribe from the IHRC list please send an email from your subscribed email address to unsubscribe@ihrc.org

If you are reusing this alert, please cite the source.

For more information, please contact the office on the numbers or email below.

“And what reason have you that you should not fight in the way of Allah and of the weak among the men and the women and the children, (of) those who say: Our Lord! Cause us to go forth from this town, whose people are oppressors, and give us from Thee a guardian and give us from Thee a helper.”
Holy Qur’an: Chapter 4, Verse 75

Join the Struggle for Justice. Join IHRC.

Islamic Human Rights Commission
PO Box 598
Wembley
HA9 7XH
United Kingdom

Telephone (+44) 20 8904 4222
Fax (+44) 20 8904 5183
Email: info@ihrc.org
Web: www.ihrc.org